Uncategorized

Dpt isteri perwatakan perfectionist. Jika sesuatu berlaku x seperti yg dirancang, dia akan terus marah2 minx cerrai. Skrg sy buntu bila dia mula ckp benda yg sangat2 menggores hati sy.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam. Nama saya Udin. Usia 34, berasal dari Pantai Timur. Bekerja sebagai ahli perniagaan, jadi saya mempunyai masa yang agak flexible untuk keluarga saya. Alhamdulillah saya juga boleh dikategorikan sebagai t20. Duit tidak menjadi masalah buat keluarga saya.

Saya sudah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan 3 orang bidadari yang comel. Mereka lah seluruh isi hati saya. Yang menjadi penguat saya menempuh hari2 mendatang. Saya mempunyai seorang isteri, crush zaman belajar ketika di IPTS di selatan tanah air dulu.

Ketika di IPTS kami hanya sekadar kawan dan bukan pasangan kekasih. Kalau berjumpa pon mesti dengan group membe2 keluar ramai2 makan ramai2, tak pernah keluar berdua.

Jadi saya tidak betul2 mengenali diri dia lagi ketika itu. Alhamdulillah selepas berkawan beberapa tahun saya luahkan perasaan saya dan sunting si dia menjadi isteri saya.

Isteri juga seorang bussinesswoman dan pada masa yang sama seorang suri rumah sepenuh masa. Saya sangat respect kehebatan beliau dalam menguruskan bisnes dan pada masa yang sama menguruskan urusan rumah tangga.

Untuk makluman, Isteri adalah seorang isteri dan ibu yang sangat baik dan hebat. Mampu menguruskan rumahtangga pada masa yang sama menguruskan perniagaan beliau.

Rajin memasak. Setiap kali nak keluar mesti akan minta izin saya. Bukan sekadar tu, even nak beli barang di shopee pon, minta izin saya walaupun menggunakan duit dia sendiri. Tidak lokek duit untuk belanja anak, suami, anak2 saudara dan ipar duai.

Oleh kerana masa saya yang agak flexible, alhamdulillah saya boleh sama2 buat kerja rumah untuk mengurangkan bebanan isteri. Dia masak, saya basuh pinggan, dia sapu lantai, saya mop lantai. Dia basuh dan sidai baju, saya lipat baju. dan begitu lah kerja2 rumah yang lain.

Tetapi ada sedikit kekurangan yang sudah 6 tahun saya dan dia cuba untuk improve. Kami pernah berbincang face to face tentang perkara ni. Dan beliau sendiri mengaku tentang kelemahan ini. Isteri saya seorang yang panas baran tegas dan seperti perfectionist.

Sangat2 mudah marah dan bila dia marah, dia adalah seorang yang sangat2 berlainan. Mulutnya juga jadi tersangat ringan untuk mengeluarkan kata2 yang menyakitkan dan menyedihkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Barang2 dibaling, pintu dihempas itu biasa. Kena bodoh bengap etc etc itu biasa.

Perwatakan Isteri saya adalah sangat tegas, jika katanya A, mesti A. Jika B mesti B. Jadi jika sesuatu berlaku tidak seperti yang dirancang, dia akan terus marah2.

Pernah kami bergaduh besar 3 4 kali berturut2 dalam masa tidak sampai seminggu. Dan setiap kali bergaduh, kata2 dari mulut nya sangat2 menggores hati saya. Sehingga kadang2 saya fikir tiada lagi ka hormat dia kepada saya sebagai seorang suami.

Untuk makluman, saya tidak pernah memukul dan menengkingnya ketika kami bergaduh. Dia juga akui benda tu dan bersyukur saya tidak pernah tinggikan suara kepadanya ketika kami bergaduh.

Setiap kali selesai pergaduhan dan berdamai, dia mesti akan menangis minta maaf dengan tindakan dia.

Jika team bisnesnya ada masalah skit, terus dimakinya agen2 bawah dia. Terus salahkan semua team dia bila sale bulanan tak tercapai.

Lemah, pemalas, menyusahkan orang, buang masa, takmau berjaya, serabut, kerja simple pon tak reti buat etc etc (banyak lagi katanya2 yang tidak perlu saya tulis semua disini).

Dan bila jadi macam tu, bukan sekadar team bawah dia saja yang kena marah, sampai saya dengan anak2 jugak kena tempias amarahnya. Jika anak buat masalah, saya lah yang akan jadi target untuk dia melepaskan amarahnya.

Mostly bila gaduh mesti dia akan cakap berkaitan perceraian. Minta ceraikan dia. Lepas kan dia. tapi bila marahnya dah surut, kami dah berbaik, dia akan kata dia tak maksudkan pon cerai tu.

Terlalu dalam luka hati seorang suami apabila ditengking dan dimaki isteri sendiri dengan kerap. Terlalu lama saya menyimpan luka ini.

Sebolehnya saya akan cuba melupakan semua kata2nya selepas bergaduh. Yes setiap kali lepas bergaduh kami memang kami akan saling mohon maaf. Tapi kata2 dia tetap berbekas di hati even saya cuba lupakan.

Pernah dia kata “serabut hidup. Buat kerja itu ini. Lepas tu kna tonggek kat suami bagi suami puas”.

Untuk makluman pergaduhan tu tiada kaitan dengan hubungan suami isteri langsung. Juga waktu tu kami agak lama tidak bersama. Saya jadi sangat hairan kenapa tiba2 dia sebut macam tu.

Saya sangat2 sedih sehingga ke hari ini terngiang2 katanya tu. Ya dia dah minta maaf dah. Katanya tak maksudkan pon kata2 tu. Cuma terlampau marah dan tak terkawal mulut waktu tu.

Lama saya tidak menyentuhnya walaupun ada dia bagi hint2 nak bersama disebabkan sangat sedih dengan kata2 tu.

Dan sampai ke tahap bila bersama saya masih teringatkan kata2 tu, dan jadi tidak ikhlas bersama, hanya memenuhi tanggujawab nafkah batin sahaja.

Saya buntu dan sangat terluka. Pernah saya pukul diri sendiri sbb kerap sangat bergaduh dengan isteri.

Bila bergaduh saja dada saya jadi sangat ketat, kepala jadi sakit. Saya pukul kepala saya sekuat hati, tumbuk2 dada saya dengan kuat. Saya macam tak dapat kawal diri, kepala rasa serabut sangat,

Rasa sedih, rasa marah, rasa sayu. Saya jadi lega sikit lepas pukul diri. Tapi kepala dan dada akan sakit dan bengkak beberapa hari laa haha.

Saya risaukan juga anak2 saya sebab pernah sekali waktu bergaduh dengan isteri dalam kereta, otak saya jadi kosong, hati saya pon macam tak rasa apa2.

Saya diam tak bercakap langsung. Kemudian terlintas nk masuk laluan bertentangan dan rempuh kereta lain. Cepat2 saya istighfar dan berzikir. Tak pernah saya terlintas nak sakitkan anak isteri saya.

Saya sedih. Dan tak tau nak buat apa. Saya selalu berdoa dan solat hajat mohon tuhan hilangkan barannya. Tetapi masih sama. Isteri saya bila kami tak bergaduh sangat2 baik, manja, kelakar, rajin.

Saya tahu dia sangat sayangkan saya dan anak2. Dia tak maksudkan pon kata2nya dan tindakan dia. Mungkin salah saya juga. Yang tak pandai nak handle emosi isteri bila dia marah. Saya sangat buntu. Tak tahu nk buat apa. – Udin (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Siti: adalah tu sejarah waktu kanak2.mungkin mak bapak isteri terlalu tegas dgn anak2 masa dia kanak2.kena kaya,kena belajar tinggi.yg tak kaya,yg tak masuk U,semua tak guna.mungkinlaa..cer cakap kat dia tak perlu pun kejar harta dunia melampau-lampau sampai semua kena perfect.

Aniz: Personaliti hari ini adalah acuan daripada perjalanan silam termasuklah gaya asuhan, pola kehidupan yang dilalui…isteri perlukan pertolongan dan rawatan. Jangan dibiarkan nanti impaknya pada perkahwinan dan orang di sekelilinginya.

Dan pasangan juga perlukan dapatkan bantuan dan belajar bagaimana untuk menangani cabaran yang hadir dengan mereka yang profesional..Ia rahsia @ digniti dalam perkahwinan yang perlu dipelihara In sha Allah dgn intervensi profesional kerahsiaan adalah terpelihara.

Terapeutik kaunseling juga kemahiran yang bakal diperolehi bersama profesional moga dapat membantu pasangan. Jangan takut mahupun segan utk ke hadapan dapatkan bantuan dari terus membnuh ruh dan jiwa dalam perkahwinan. Be brave to heal and gain back your happiness. Jangan jadikan kesilapan dan kelemahan titik noktah utk bahagia.

Jasmine: I knew someone exactly like your wife.. Dia seperti “perfectionist” yg sentiasa mahukan semua berlaku seperti yg dia rancang. Bila sesuatu tidak seperti yg dia kehendaki dia akan mengamuk. Masa keciknya selalu dimarah/ditengking/didenda. Dia pernah dikasari dan dikurung dalam bilik air dan dapur.

Dia sering ditekan untuk dapat result cemerlang. Dia sangat berjaya dalam karier dan hidupnya. Tapi dia panas baran dan mulut bertukar sangat laser waktu marah. Setiap kali lepas hilang marah, dia menyesal dan minta maaf pada suami. Mereka seperti pasangan yg sangat bahagia.

Sang suami memeluknya kuat2 saat isteri sedang marah sambil memujuknya dan menangis di hadapan isteri. Isteri mulai berubah lebih baik selepas mendapat teguran dari Allah. Moga si isteri terus istiqamah berubah. Bimbing isteri ini dengan agama. InsyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published.