Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Salam buat admin dan semua pembaca.. Aku Along, anak sulung dari 8 beradik, nak cerita tentang Abah, ayah tiri aku. Aku adalah hasil perkahwinan mak yang pertama. Namun, aku tak pernah kenal siapa ayah kandung aku.
Nama dia pun aku tak tahu. Tak pernah terlintas kat fikiran aku nak cari ayah kandung sebab pada aku, ayah aku hanya sorang. Ayah tiri aku, Abah. Abah kenal mak masa aku 4 bulan dalam kandungan mak.
Dibiarkan terkontang kanting keseorangan. Abah ambil tanggung jawab, nikah dengan mak selepas 4 bulan aku lahir. Jadinya, aku dibesarkan dalam keluarga abah, melayu. (Mak masuk Islam masa aku 8bulan dalam kandungan. Bukan sebab nak kahwin dengan abah, tapi sebab dia sendiri jatuh cinta dengan Islam.)
Abah anak ke-5 dari 8 beradik, dibesarkan dalam keluarga susah. Boleh dikatakan juga anak kesayangan arwah atok. 4rwah atok menlnggal tahun 2016.
Arwah abah pula meninggal tahun 2017. Sebab kematian, major stroke dibahagian saraf tunjang, punca darah tinggi. 4rwah abah tak makan ubat untuk darah tinggi selama hampir 20 tahun. Biasa lah, orang tua, hospital ni tempat paling dia tak suka.
Lebih-lebih lagi, arwah abah memang jenis tak suka makan ubat. Pernah sekali tu, dia gastrik, sampai tak boleh nak makan, pedih perut sepanjang hari. Aku balik kerja malam tu, mak mintak aku pujuk abah sebab dia tak nak ke klinik. Bukan senang nak pujuk orang lebih tua nak pergi klinik kan?
So, aku belikan gaviscon. Nak tunggu dia makan gaviscon tu, dah macam nak bagi budak umur 4 tahun makan ubat. Haha.
Siap bukakan gaviscon tu, duduk depan dia, tunggu sampai dia habis telan gaviscon tu. Habis je, terus dia cari air nak sulam. Mak memang dah bebel lah masa tu.
Aku cakap kat mak, along dah tau kenapa kitaorang adik beradik takut makan ubat. Turun dari abah la ni! Abah gelak je time tu. Hahaha..
Arwah abah dan mak berniaga nasi lemak kukus dipasar malam. Memang letih la kan. Dengan kekangan masa yang juga antara sebab kenapa dia tak teruskan rawatan untuk darah tinggi dia.
22/8/2017, Hari Selasa. Abah dan mak baru balik dari pasar malam. Aku sempat jumpa mereka dipasar malam tu. Nampak tubuh abah makin susut.
Teserlah keletihan diwajahnya. Sampai dirumah lebih kurang jam 10.30malam. Selesai punggah barang, makan dan rehat sekejap, dia masuk tidur lebih kurang jam 12.30 malam.
Adik lelaki aku (anak ke-4), sempat berborak dengan abah sebelum dia masuk tidur. Abah nampak letih tapi tak nampak tanda-tanda dia sakit.
23/8/2017, Hari Rabu..jam 2 pagi, abah mengalami kesukaran untuk bangun ke tandas. Dia mengengsot ke pintu, cuba berpaut pada pintu dan dinding bilik untuk bangun.
Mak dan arwah abah hanya tidur beralaskan tilam bujang. Tiada katil. Disebabkan pergerakan abah masa tu, mak terjaga.
Matanya yang mengantuk jadi segar bila dia perasan abah sukar untuk bangun. Masa ni mulut dan tangan kiri abah dah mula kena serangan stroke.
Mak terus kejut adik no.4, bawa abah ke hospital. Abah, seorang yang tak suka menyusahkan orang lain, walaupun anak-anak.
Dia siap mintak kunci kereta, nak drive sendiri ke hospital. Tapi, adik halang. Dia terus bawa mak dan abah ke hospital.
Jam 3 pagi, abah ditidurkan sebab saraf tunjang dalam keadaan bahaya.
Menurut doktor yang merawat, kes abah ni memang takde yang berjaya pulih. Antara kematlan dan terlantar seumur hidup. Kami dah redha dan tawakkal.
Arwah atok sebelum menngggal pun terlantar kat hospital setahun sebab stroke.
Kami siap susun jadual dah untuk jaga abah kat hospital. 3 hari selepas abah kena serangan, kami dipanggil.
Doktor terangkan yang abah tak boleh dirawat sebab otak dia dah m4ti, dia dah tak mampu bernafas sendiri, hanya gunakan mesin.
Doktor pakar minta kami buat keputusan, sama ada untuk matikan mesin atau teruskan. Kami sebulat suara pilih untuk m4tikan mesin setelah berbincang dan bersoal jawab dengan pakar.
Doktor suruh standby, panggil semua ahli keluarga, datang untuk jumpa kali terakhir.
Sehari sebelum m4tikan mesin, aku inform semua saudara, kenalan dan pelanggan abah. Ramai yang datang. Ramai yang tak sangka sebab abah nampak sihat.
23/8/2017, mesin dimatikan lebih kurang jam 9.30 pagi. Diiringi selawat dari isteri, adik beradik dan anak-anak, abah menghembuskan nafas terakhir di katil hospital, hanya selepas 5 hari dia sakit. Urusan jen4zah abah sangat mudah.
Rezeki dia, ada lebihan kain kapan, yang diikat menjadi serban, solat jen4zah 2 kali. Selepas asar, jenazah abah selamat dikebumikan, sebaris dengan pusara 4rwah atok. Abah pergi genap 1tahun 1bulan 20hari selepas atok pergi.
Abah bukan seorang yang berharta. Tapi, simpanan EPF ada lebih kurang 100k. Lepas tolak semua hutang, fidyah dan semua yang wajib setel, ada lebihan lebih kurang 90k.
Bagusnya keluarga abah, walaupun aku bukan darah daging abah, dari kecik, aku tak pernah rasa aku orang luar. Sama lah macam masa abah menlnggal.
Urusan jen4zah abah diuruskan abang dia, Pak Lang aku. Tahlil pun buat kat rumah Pak Lang.
Mak Long siap ajar lagi cara uruskan dokumen abah. Apa nak buat dulu, macam mana nak buat. Kami tak ditinggalkan, sampai sekarang.
Walaupun ada hak ke atas EPF abah, sorang pun adik-beradik dia tak berbunyi. 1 sen tak diminta, tak ditanya.
Walhal, mereka pun bukan orang senang. Masing-masing hanya cukup makan. Diaorang cuma ajar cara dan saluran yang betul untuk buat tuntutan, aku uruskan sendiri.
Tak di tanya langsung berapa baki, berapa diaorg akan dapat. Sebaliknya, diaorang sedeqahkn bahagian diaorang pada kami.
Allahu, nikmat apa lagi yang aku mahu dustakan? Dari asal yang tiada arah tuju, Abah amik aku dan mak, bawak masuk family dia.
Ya, memang ada kejadian yang bergaduh, tak puas hati. Biasa lah kan? Tapi, air dicincang takkan putus. Raya, berkumpul, minta maaf, borak-borak, gelak-gelak, setel! Tak berpanjangan.
Aku bersyukur mak ditemukan dengan abah. Walaupun dia tak mewah harta, tapi dia mewah dengan hati budi.
Sampaikan masa dia menlnggal, ada pelanggan yang bagitahu, abah pernah belanja dia makan walaupun tak pernah kenal. Mak aku pun tak tahu cerita ni.
Dah 5 tahun sejak abah menlnggal, kami masih terasa kehilangan. Walaupun abah jauh di mata, Abah tetap dekat dihati kami.
Terima kasih sebab jadi Abah yang terbaik untuk kami. Moga kita berjumpa kembali, di negeri abadi.
– Along (Bukan nama sebenar)
Antara komen netizen :
Netizen 1 : Selalu baca kisah abah kandung yg kejam pada anak2 sendiri. Kisah ni berbeza, kisah lelaki budiman yg terlalu baik. Beruntung nya tt, ibu dan seluruh keluarga dikurnia lelaki sebaik ni sbg pelindung dan teman. Alfatihah utk 4rwah abah tt.
Netizen 2 : Dari panggilan pn dah tau Abah xbezakan. Dia panggil awak along. Bagus didikan atok pd abah dan adik beradik. Satu sen pun adik beradik x minta bahagian epf. Dapat keluarga yang baik juga rezeki. Alhamdulillah
Netizen 3 : Wahai anak soleh/ solehah , jadikan dirimu khalifah yg terunggul di hati ibu , abah dan adik beradik mu. Kamu memang anak yang baik..Allah Maha Baik..kurniakan mu pada ibu , abah , adik beradik mu serta seluruh keluarga besarmu.Semoga kamu dan keluarga sentiasa dalam dakapan rahmat kasih Allah..
#moga 4rwah abah di tempatkan di kalangan org2 beriman…tempat yang paling tinggi di kalangan para syuhadah
Kredit : iiumc