Uncategorized

Kecewa isteri henti keja. Aku halau dia. Lps sebulan, aku pulang rumah mertua utk jenguk. Sebaik masuk bilik isteri aku terkjut. Patut senyap lama x dgr berita pasal sarah.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum, terima kasih sekiranya luahan aku disiarkan. Aku lelaki yang sudah berkahwin, berumur 32 tahun. Kisah yang ingin aku kongsikan ini adalah mengenai perkahwinan aku sendiri.

Aku telah berkahwin dengan wanita pilihan aku sendiri. Kami berkenalan di facebook, dan pertemuan kami adalah untuk mendirikan rumahtangga yang mana tidak dating, tidak bercinta sebelum diijabkabul.

Wanita yang menjadi isteri aku namanya Sarah. Sarah seorang wanita yang berdikari. Namun begitu, dia juga seorang yang sangat degil dan berpewatakan kasar.

Katanya, mungkin per4ngainya jadi begitu sebab dia dah lama berdikari, kena kentalkan hati untuk menghadapi hari – hari mendatang. Selama kami berkenalan sebelum berkahwin, dia tidak menuntut apa – apa.

Tidak minta dibelikan apa pun. Aku memang senang dengan sikapnya. Cuma satu yang aku curiga. Pernah aku berg4duh dengannya seminggu sebelum hari bahagia kami. Puncanya, dia tak dapat menjawab soalan aku samada sanggup ke untuk hidup susah dengan aku.

Oleh kerana dia gagal menjawab persoalan aku, aku ugvt untuk membatalkan perkahwinan aku. Sekarang bila fikir semula, aku rasa menyesal sebab melalui ahli keluarganya, Sarah pengsan sejurus selepas menerima SMS ugvtan aku tu.

Maafkan abang Sarah. Perkahwinan aku tetap berlangsung pada hari yang ditetapkan. Itu cerita tahun lepas. Sekarang hampir setahun kami berkahwin. Belum dikurniakan anak. Aku dan Sarah tinggal berasingan atas faktor kerja dan kewangan.

Aku tak mampu menyewa rumah untuk kami tinggal dan tak mampu menyara isteri aku sekiranya dia tak bekerja. Jadi kami tinggal di rumah keluarga masing – masing. Ada juga aku bagi duit belanja dan rumah walaupun tidak banyak.

Aku tak pernah tanya samada duit itu cukup atau tidak. Kadangkala isteri aku itu merungut duit tak cukup, tapi apa boleh buat, aku pun tak dapat bagi sebab duit yang aku ada cukup makan. Isteri aku seorang pekerja swasta yang gaji minimum saja.

Dia pun menanggung hutang ptptn dan bermacam lagi bil. Setahu aku, Sarah banyak buat kerja part time bagi menampung hidupnya sendiri dan dia tak merungut dengan aku penat lelah kerja siang malam. Kadang – kadang bila aku kurang duit, dia bagi duit dia.

Ini peng0rbanan isteri aku yang kasar tu tapi aku tak nampak. Walaupun aku kerja bergaji yang 2, 3 kali ganda banyak daripada dia, aku masih kurang duit dan tak mampu sara dia.

Maafkan abang Sarah. Selama hidup berumahtangga, satunya perkara yang selalu dia soalkan padaku, “Bila kita dapat hidup bersama abang?”, dan tak pernah aku beri jawapan yang membahagiakan.

Mungkin hal ini jadi tekanan pada dia. Siapa yang nak hidup asing? Tapi dengan ekonomi sekarang, aku tak mampu. Sikap Sarah ketika itu m4kin tidak memuaskan hati aku. Dia m4kin kasar, biadap, cepat marah dan suka pr0vok aku dengan perli dan sindiran.

Sampai satu masa, kami berg4duh dan bercerai taIak 1. Masa tu aku betul marah dan nekad untuk menceraikan wanita yang kasar, biadap, dan tidak hormat pada aku suaminya. Sarah ketika itu, dia tak dapat terima dirinya diceraikan, merayu dan pujuk aku supaya rujuk semula.

Tapi aku lelaki, aku tak termakan pujuknya walaupun jauh dalam hati aku, aku sayangkan Sarah. Dari berhari jadi berminggu. Sarah kerap menghubungi ibu aku tanpa pengetahuan aku. Dan aku? Terperap dalam bilik seharian sampailah suatu hari..

Pintu bilik aku diketuk oleh ibu. Bila aku buka pintu, wanita yang aku ceraikan tu berdiri di depan. Ya Allah, aku benar rindu pada dia. Mata dia berkaca dan mulutnya tak jemu mengatakan maaf. Bermacam janji Sarah taburkan untuk lembutkan hati aku.

Dia janji tidak akan degil, keras kepala dan tidak akan menyusahkan aku. Akhirnya, pada hari itu kami berbaik semula. Alhamdulillah, setelah kami rujuk semula Sarah banyak berubah. Dia jadi lembut, tidak kasar or marah – marah.

Dia tidak meIawan kata aku dan perubahan terbesarnya, aku nampak Sarah banyak habiskan masa di tikar sembahyang. Tidak kira waktu. Hidup aku jadi m4kin mudah, rezeki aku bertambah sejak berbaik dengan isteri aku.

Isteri aku pun m4kin kuat bekerja siang dan malam agar tidak menyusahkan aku. Ketika itu aku rasa senang hati tapi sekarang aku rasa macam aku suami yang tak bertanggungjawab. Maafkan abang Sarah. Perkahwinan aku diduga lagi.

Isteri aku berhenti kerja. Bila Sarah maklumkan pada aku, ada rasa kecewa dalam hati ini. Aku jadi susah hati, adakah aku mampu sara hidup dia.? Macam – macam aku fikir. Tanpa aku sedar, ketika itu aku banyak meIukakan hati Sarah.

Tiap kali dia call aku, aku marah, tengking dan jerkah jadi kebiasaan. Aku pun bingung kenapa aku berubah jadi macam tu. Sarah cuma diam. Menangis ke dia? Aku tak peduli. Berkali dia whatsapp aku, pujuk aku agar jangan susah hati, dia akan cari duit untuk bayar komitmen dia sendiri.

Sebulan lepas, dia balik ke rumah keluarga aku, untuk berjumpa aku setelah hampir sebulan tidak berjumpa. Nampak aku, Sarah tersenyum tapi senyumannya tak seindah dulu. Apa yang sedia sembunyikan dari aku? Tapi peduli apa aku.

Seperti biasa, aku menuntut dia menjalankan tugasnya. Pada mulanya, Sarah agak keberatan kerana letih memandu 3 jam sebelum tu. Tapi aku tetap eg0 dan tak nak mengalah. Akhirnya isteri aku akur. K3jamnya aku Ya Allah!

Setelah tiga hari di rumah aku, aku halau Dan suruh dia pulang ke rumah keluarganya semula, kami ada berg4duh. Dari perg4duhan itu, aku block dia di whatsapp, phone dan mesej. Aku panas hati. Aku rasa dia buat salah pada aku. Bagi aku kesalahannya besar.

Dan aku biar tak berhubung selama berhari. Sarah pada mula pujuk aku agar tidak besarkan hal ni. Tapi aku eg0. Aku diam selama aku mau. Apa jadi pada dia lantaklah. Ulangtahun perkahwinan aku tinggal lagi sebulan ketika itu.

Kami masih tidak berhubung dekat sebulan. Dulu pernah dia menyuarakan hasrat untuk menyambutnya tapi aku bantah. Aku tak nak sambut. Buang duit. Membazir. Mendengar kata aku, dia diam. Apa perasaan isteri aku ketika itu? Aku tak pernah ambil tau.

3 hari lepas, aku ambil keputvsan untuk pulang ke rumah mertua aku untuk menjenguk Sarah. Bila dah tak berhubung, perasaan rindu ni menggiIa tapi kerana eg0, aku tetap block Sarah. Sampainya aku di rumah mertua aku.

Kelihatan kereta isteri aku tak ada di garaj. Aku tak rasa hairan sebab Sarah selalu juga keluar ambil angin. Tambah – tambah kalau dia str3ss, dia akan pergi termenung di pantai atau di tasik tak jauh dari rumah. Aku masuk ke rumah.

Parent Sarah sambut aku dengan baik. Aku menapak ke bilik Sarah, bilik kami. Pintu aku buka. Bilik Sarah kelihatan sangat kemas dan rapi. Macam tak ada orang duduk. Ada kain yang menutup katilnya, pakaiannya tak ada.

Aku perasan tu sebab sarah tak banyak pakaian, kalau dia ke mana – mana memang nampak lah pakaian tak ada dalam almari. Hati aku cuak. Mana pergi isteriku..? Aku keluar dari bilik. Di ruang tamu ada mertuaku. Malu aku nak tanya, nanti apa kata mereka suami tak tau isteri ke mana?..tapi aku kena tanya juga.

“Sarah dah tak duk sini, dia dah dapat kerja luar negeri.. Sarah tak bagitahu kamu ke?” Ini jawapan parent Sarah. Ya Allah aku malu. Aku malu jadi suami yang terlalu lama membiarkan isteri bersendirian. Sarahku kembali berdikari.

Kerja apa, di mana dan tempat tinggal dia pun aku tak tahu. Mungkin sekarang dia bahagia bersendirian dan lupa padaku suaminya yang tak bertanggungjawab ni. Aku malu, aku menyesal. Sekarang aku betul rindukan dia.

Pujuk rayu Sarah padaku dulu sudah tiada. Aku menyesal sia – siakan hidup dia. Kalau lah aku beri perhatian, tak berkira beri makan pakai dan menyara hidup dia, tak buat dia rasa aku terbeban, tak marahkan dia.. Tentu Sarah masih ada untukku.

Adakah dia dah lupa tentangku. Mana dirimu sarah, isteriku…. Pada reader, aku mohon beri aku nasihat agar aku dapat selamatkan hubungan ini kali yang ketiga.

Aku tak sanggup kehilangan Sarah. Kalau nak kecam, aku tak kisah. Aku tahu aku salah.
Sarah.. Abang tahu sarah suka baca page ni. Sarah tolonglah hubungi abang semula. Sarah minta semua orang sorokkan sarah dari abang. Abang menyesal.

Maafkan abang. Abang tunggu Sarah. Maafkan abang Sarah. Tolong hubungi abang semula. Maafkan abang. – Suamimu, Mr H.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *