Uncategorized

Letih aku ingatkn suami kalau dia slalu lafaz benda tu, ibarat dh berziina dgn aku byk kali. Kalau dpt anak pun dah xsah taraf. Tapi apa daya semua terbongkar pd hari ke4 suami pulang ke Malaysia.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Bila tengok orang post pasal pertemuan semula dengan orang tersayang, hati tersentuh dan turut menangis kegembiraan. Rasa tak sabar nak tunggu suami balik.

Macam macam dah plan sebab taknak rugi seminit pon masa yang ada untuk bersama nanti. Tapi kisah aku tidak seperti yang aku harapkan. Suami yang aku tunggu bertahun, pulang bersama sebuah kejutan.

Kejutan yang tidak ada seorang isteri pon atas dunia ini impikan. Selama tiga hari dia dirumah, tidak sedikitpun terdetik untuk aku check handphone dia (aku tahu semua pin hp/pasword segala social media suami aku). Langsung tak terlintas untuk aku buat begitu.

Entah kenapa, hari ke 4 dia di Malaysia, aku teringin nak check handphone dia. Berdebar debar rasa, rupanya perasaan itu benar belaka. Allah izinkan untuk aku lihat sendiri kecuraangan suamiku.

Aku jumpa gambar dia selfie berpeluk dengan perempuan. Perempuan ca ya alif nun to be exact.

Yes, its really hurt me! Kau boleh bayang tak, suami aku skandal dengan perempuan cina satu kilang dengan dia!

Dah lama, tapi aku langsung tak sedar. Sebab apa? Sebab suami aku selalu vc aku, selalu reply mesej aku, jarang sekali dia lambat respon bila aku contact dia. Langsung tak percaya suami aku sampai macamtu sekali.

Ye, sebelum dia balik bercuti ke Malaysia, pernah sekali aku terjumpa resit hotel dalam emel dia.

Resit tu tertulis nama perempuan tu dengan suami aku. Kalau kau jadi aku, apa yang terlintas dalam fikiran kau!

Tapi, suamiku menafikan sekeras kerasnya yang dia hanya tolong perempuan tu booking hotel sahaja.

Aku minta dia lafazkan cerrai taklik ke atas aku, sebab itu je cara yang aku ada untuk percaya kata dia. Dan ya, dia berani melafazkannya.

Berkali kali aku ingatkan padanya, kalau dia tipu/main mainkan lafaz tersebut, maksudnya dia telah berziina dengan aku sepanjang 3 hari sebelumnya.

Andai diberi rezeki anak, anak tersebut bukan anak yang sah taraf. Dan dia tetap menafikan dan tetap menyatakan dia tidak pernah tidur dengan mana mana perempuan selain aku. Dia juga meminta perempuan itu untuk whatsapp sendiri aku untuk membuktikan kata katanya.

Perempuan itu telah whatsapp aku dan dia mengatakan hanya meminta tolong suamiku untuk booking hotel.

Aku kira settle sampai disitu sahaja dan beranggapan mereka hanya kawan biasa sahaja. Siapa sangka kan lelaki melayu nak skandal dengan perempuan cina.

Lebih kurang seminggu sebelum suamiku pulang, aku ada vc dia. Malam tu lebih dari 10x aku call tapi dia tak angkat. Siap whatsapp suruh aku solat dulu.

Tapi hatiku tak sedap, aku cuba lagi call dan dia angkat. Rupanya dia sedang makan steamboat dengan perempuan itu bersama housemate nya.

Aku terus maatikan handphone. Aku terlalu kecewa, aku block no dia. Paling memedihkan, ketika itu aku sedang mengecat bilik kami sebagai persiapan menanti kepulangan suamiku. Hancur sangat hatiku.

Kemudian, malam itu juga aku berpura pura menjadi suamiku dan contact perempuan itu melalui emel (perempuan tu pernah forward iklan bilik sewa kepada suamiku). Dalam emel itu, aku menyatakan aku cinta pada dia dan mengajaknya tidur di hotel.

Perempuan itu menggeletis dalam reply nya dan bersetuju untuk tidur bersama. Tak tunggu lama, aku terus whatsapp perempuan itu bertanyakan hal sebenar kenapa dia boleh reply emel sampai macamtu sekali.

Dia fikirkan suamiku (aku yang menyamar dalam emel) hanya bergurau, jadi dia pun melayan.

Dan dia hanya meminta maaf kerana telah menyebabkan salah faham. Aku pula telah bagi warning pada dia tolong jauhkan diri dari suamiku.

Rupanya esok pagi, mereka keluar lagi sarapan bersama di Woodlands (aku jumpa bukti ni dalam apps Trace Together). Kecewa berkali ganda aku rasakan!

Aku fikirkan bila aku dah mengamuk malam sebelumnya, suami aku akan insaf dan berhenti jumpa perempuan tu. Tapi aku bdoh, ditipu lagi.

Makin aku skroll galeri dalam hp dia, makin banyak gambar aku jumpa. Rupanya mereka selalu vc sama sama, whatsapp sama sama dan sering makan bersama sama.

Suamiku menyewa di Yishun dan perempuan itu di Admiralty. Sanggup suamiku berulang alik ke sana untuk makan bersama perempuan itu.

Bila aku tanya apa hubungan mereka, suami ku hanya menyatakan mereka kawan biasa. Tapi kau rasa, kawan biasa ke macamtu.

Seminggu lebih kurang 3-4kali keluar makan bersama, hari hari whatsapp, hari hari video call.

Hancur, terlalu hancur hati aku. Aku dicuraangi saat kami telah punya anak.

Sekarang, aku terlalu serabut. Suami yang aku kahwini atas dasar cinta sesama kami, kini telah mengkhianati cintaku. Dengan perempuan cina pula tu.

Aku pandang wajah anak kami, aku sedih. Aku pandang perutku, andai suatu hari ada rezeki anak lagi, aku sedih. Aku pandang diri aku, aku sedih.

Sedih ditipu dengan orang yang terlalu aku cintai. Terkadang aku fikir, apa silap aku. Selama ini, tidak pernah terdetik pun dihati aku untuk curaang dengan suami sendiri. Tapi ini yang aku terima.

Buat isteri2/ suami2 yang ditinggalkan di Malaysia, jangan jadi bdoh macam aku. Pandai pandai lah godek apa yang patut. Melalui emel, melalui fcebook atau apa jua cara sekalipun.

Jangan ingat kalau pasangan anda rajin vc anda hari hari, dia tak curaang. Suami aku sendiri sehari 2-3 kali video call, tapi dia masih punya masa untuk curaang.

Macam macam cara mereka punya untuk berlaku curaang. Ini kecuraangan paling hina dalam hidup aku.

Aku dibelakangkan kerana seorang perempuan cina. Maaf, aku bukan racist. Tapi ini kenyataannya, suami aku skandal dengan perempuan cina.

Buat Mi** C***, aku nak engkau tahu bahawa doa orang teraniaya ni tiada hijab. Doa aku buat kau, semoga kau akan rasa pengkhianatan yang lebih hina daripada apa yang sedang aku rasakan. Dan buat engkau M*** F***, tolong ambil anak engkau ini dan jagalah dia.

Aku nak engkau rasa macamana rasanya jadi seorang ibu dan seorang ayah dalam masa yang sama! Semoga engkau sempat bertaubat atas dosa dosa kau. Last sekali, jaga jaga terutamanya pasangan yang bekerja di Kilang xxx di Yishun

Leave a Reply

Your email address will not be published.