Uncategorized

Tgh mlm trdgr lantai ditepuk tap tap. Cpt2 aku sua straw kat mak. Dia dah terpinga2 tengok aku disebelah. Lngsung x ingat ape yang berlaku tadi.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Anak Yang Pernah Berdosa. Seorang rakan chat wanita mengadu dan meminta nasihat bagaimana nak sabar dengan ibunya. Kadang kadang wujud konflik hubungan di antara ibu dan anak. Terasa hati, marah, hilang sabar dan sebagainya.

Saya bukanlah baik dan anak solehah sepanjang masa. Pernah berdosa dengan mak. Pernah melukakan hati mak juga. Mak saya tak penah buat salah, hanya saya sahaja yang tidak memahami emak.

Dalam Islam, membuka aib sendiri sangat dilarang keras. Hanya Allah saje yang tahu keburukan saya. Cuma ada beberapa kesalahan yang saya rasa boleh kongsi sebagai iktibar bersama.

Di akhir akhir hayat mak, Allah macam buka pintu hati saya agar tak jadi anak derhaka. Tak buat benda yang akan saya kesal seumur hidup. Setahun dua sebelum mak meninggal, saya perasan perubahan dia dan berazam menjadi anak yang baik. Saya juga tekad x mahu lagi sakitkan hati mak.

Masa sekolah mak pernah terasa dengan saya. Saya lupa faktor apa. Kami tak bercakap dan saya lari ke perpustakaan memujuk diri. Masa nak balik, cuaca tiba tiba hujan dengan guruh berdentum.

Saya ketakutan teringat kisah anak derhaka. Bimbang dipanah petir. Saya berdoa bagi saya peluang untuk tebus dosa dan akan jaga mak bila dia tua nanti.

Penah juga saya mengemas bilik mak dan buang barang tak guna yang berhabuk. Mak punya marah sampai tak nak bercakap. Saya taubat tak mahu usik ape ape lagi bimbang jatuh derhaka.

Saya bekerja di negeri lain. Tiap kali balik kampung, saya akan balas dendam dengan tido lepas Subuh sebab saya terlalu penat bekerja dan kurang tidur di perantauan. Katil rumah sendiri je saya nyenyak tido.

Satu hari lepas subuh, saya dengar panggilan mak sayup sayup, saya buat bdoh je. Nak tido sebab letih sangat dengan memandu long distance.

Tapi suara dia tak berhenti panggil. Rasa tak sedap hati, saya buka pintu bilik, suara mak dari bilik dia.

Terkejut tengok mak sedang menangis, duduk atas lantai. Mak cakap dia tiba tiba hilang keseimbangan dan pandangan berpinar pinar, tak boleh bangun nak ke tandas.

Sejak ari tu juga saya suruh mak tido dekat ruang tamu supaya senang dia nak bergerak dan panggil saya.

Saya tido dengan pintu bilik terbuka supaya boleh dengar dengan jelas jika mak panggil. Saya takut sangat jika mak meninggal dalam keadaan tak redha pada saya. Saya tak mahu dicampak dalam neraka.

Penah satu malam ni, tengah tengah malam, saya dah tido. Terdengar bunyi macam lantai ditepuk tap tap. Saya jenis mudah terjaga walaupun tengah tido. Cepat cepat bangun tengok keadaan mak.

Rupanya kena hypo (kurang gula) tengah malam. Cepat cepat buat air milo bubuh gula dan sua straw ke mulut mak. Mak macam tak sedar tapi dia minum.

Dalam setengah jam baru dia sedar. Dia terpinga pinga tengok saya duduk sebelah dia tengah tengah malam. Dia langsung tak ingat ape yang berlaku tadi.

Time kena hypo memang dia tak sedar, meracau, mengumam. Penah dia berguling guling dan terkencing atas lantai. Sebagai anak, basuh saje. Ujian untuk kita sabar.

Kalau baca kisah anak derhaka, saya selalu berdoa semoga Allah pelihara saya. Semoga saya jadi anak yang baik. Semoga saya boleh jaga mak masa sakit dan cuci najisnya.

Allah betul betul makbul. Mungkin nak menguji kata kata saya. Ada sekali time sakit, mak terberak dalam kain. Rasa dekat 10 helai kain terkena najis.

Ikutkan hati, saya ni jenis penggeli dengan najis. Tapi ntah kenapa masa tu saya jadi tak geli. Saya basuh tapi dengan pakai glove. Rasa gembira lulus ujian. Harap harap Allah terima amalan saya.

Mak penah cakap dekat saya nape lama tak telefon dia. Saya pelik sebab berbelas kali telefon mak tak angkat. Geram juga nak marah masa tu. Allah tunjuk kesalahan saya depan mata.

Saya kat dapur tengah masak. Saya panggil mak tapi dia tak dengar walaupun jarak cuma dalam 3 meter. Saya kuatkan suara pun tak dengar.

Saya pegi dekat baru mak saya perasan. Dia cakap tak dengar suara saya. Masa tu saya jadi curious nape dengan mak aku ni? Tak lama kemudian saya dapat jawapan.

Rupanya kesan sampingan pengambilan ubat ubatan mak ambil menyebabkan deria pendengaran makin lemah.

Sedihnya. Rasa berdosa sebab nak marah mak tak angkat telefon berpuluh kali. Rupanya mak sudah semakin uzur.

Di akhir akhir hayat dia, setiap petang dia duduk atas sofa, menghadap pintu utama sambil termenung kosong ke arah jalan besar depan rumah kami.

Masa ni saya mula terasa ‘jangan jangan umur mak dah tak lama’. Tahun terakhir raya bersama mak, tiba tiba saya tenung muka mak kemudian terlintas ‘jangan jangan tahun ni raya terakhir dengan mak’.

Rupanya betul apa yang instinct saya rasa. Mujur saya ubah sikap. Bayangkan jika saya buat dia terasa, menyesal seumur hidup sebab tak jaga dia dengan baik.

Sejak beberapa petanda keuzuran dan kesihatan mak merosot, saya jadi alert. Mak panggil, cepat cepat menyahut, mak suruh cepat cepat buat. Masakkan menu kegemaran dia.

Jaga nada suara supaya tak kasar. Buat dia happy. Bawa jalan jalan. Jangan buat dia tersinggung sebab bimbang itulah hari terakhir dia dengan kita.

Emak hanya seorang, tiada galang ganti. Kalau dia boleh bersabar mengandung, melahirkan, menyusu, menjaga dan membesarkan kita. Sabarlah dengan sedikit permintaan dia. Takut takut kita akan menyesal nanti.

Sudah 5 tahun mak pergi tapi hati masih rindu. Hanya mulut saje tidak bersuara. Hanya sesekali saje buka cerita.

Jangan sampai kalian menyesal. Hargai ketika dia masih bersama. Masih ada di depan mata.

Reaksi Warganet

Mardhiah Musa –
Mulai hari (siapa yang da niat, xyah) niatkan atas apa apa amalan kita seperti ngaji, sedekah pahalanya hadiahkan pada mak dan ayah kita

Nur Hidayah Abu Bakar –
Saya pun seolah diberi instinct bahawa ayah seperti tak lama lagi, benar benar terjadi. Tapi masih terlalu banyak penyesalan.

Kepada sesiapa yang mempunyai ibu atau bapa dan hubungan mungkin retak atau tak baik, saya doakan dilembutkan hati supaya tidak membuat perkara yang akan disesali andai mereka pergi selamanya

Rabiah Othman –
Terima kasih atas penulisan yang sangat baik, sangat menyentuh hati..

Doakan saya dapat pindah ke semenanjung, agar dekat dengan mak dan abah. Hari hari mak abah saya doa, nak saya dekat dengan mereka.

Dah 9tahun jauh di borneo. Sedih sebenarnya tiap kali balik, Allah je tahu rasa tu macam mana. Sesiapa dapat serumah dan masih dapat berbakti pada mak dan ayahnya sangat sangat beruntung sebenarnya…

AqtiveNaz –
Sedih baca, terasa sampai ke hati. Walau saya masih ada mak ayah lagi.

Tapi bila saya perhatikan bentuk fizikal mak dan ayah dari jauh, tanpa mereka sedari.. nampak sangat betapa semakin tua nya mereka.

Terus terasa sebak, rasa semakin usia mereka menghampiri ke pghujung. Cepat cepat alihkan fikiran dari memikir ke arah itu. Semoga ALLAH panjangkan usia mak ayah kita.. aamiin

Ezawati Eyza –
Bergenang air mata baca tulisan ini, teringat pengalaman menjaga ibu yang terlantar sakit sebab strok. Memang menjaga ibu yang sakit memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang kadang bimbang dalam kita menyantuni sehabis baik, tapi masih tidak sempurna.

Sekarang ibu sudah kembali menghadap ilahi, hanya kenangan bersama yang masih ada, rindu yang tiada penghujungnya, hanya mampu mengirimkn doa. Sumber – Nuhas (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.