Uncategorized

Pak mertua hina rumah kami kecik mcm sangkar ayam, kami tunduk malu. Time diorang bt open house, kami bt sesuatu smpai pak mertua marah x puas hati.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Aku G, husband, anak tunggal. Wife aku H, anak bongsu. Wife aku ada seorang abang, J dan seorang kakak, S. Kiranya mereka berdua ini ipaq aku. Oh ya, wife aku knserr survivor. Kanser apa, biarlah kami berdua

saja yang tahu. Masih rezeqi berdua, belum bertiga atau berempat. 4 tahun berkahwin. Wife aku hadap knser masa tahun kedua kami kahwin. Ok cukup intro. Aku kerja surveyor sebelum berkahwin, dan waktu PKP 1, aku dapat job as outsource drone operator dan

big data analyst. So banyak kena outstation. Jadi bila outstation, wife aku banyak stay dengan family dia sendiri, even though family aku jemput stay dengan depa. Aku fikirkan untuk kebaikan bersama, biarlah wife aku stay dengan family dia. Ternyata

bukan kesenangan, lebih azab dari yang ku fikirkan. Setiap kali aku outstation, setiap kali jugaklah wife aku dilayan macam hamba oleh kakak ipaq aku. Ada saja benda tak kena dalam rumah. Ibarat macam kak ipaq aku ni,

S, anak favourite, wife aku ibarat di anak tirikan. Wife aku masak, tak makan, dibuang. S masak, habis licin family wife makan. Kadang wife aku buat breakfast roti telur, tak disentuh pun family wife.

Tapi S buat menu sama, habis dijamah safu family. Banyak lagi terjadi, tapi aku tahu cerita ni bila anak buah aku yakni anak S, tanya aku soalan cepumas.

Dia tanya kenapa wife aku masak, grandpa dengan grandma tak makan, tapi bila mak dia masak benda sama, grandpa and grandma makan.

Aku tanya mentua aku tapi di nafikan. Katanya tak kena selera dsb. Aku tanya wife aku, alih-alih nangis dan dah reda nangis baru dia cerita.

Itu tak termasuk lagi kes kami nak pindah rumah sewa. Orang yang paling lantang menentang adalah kak ipaq dan pak mentua sendiri. Di beri alasan nanti mak ayah sakit, siapa nak jaga di rumah. Siapa nak masak, basuh baju, sidai dsb.

Boleh pulak ditambah mengatakan rumah sewa kami macam sangkar ayam. Sangkar ayam pun, rumah landed dan selesa. Dapat berteduh dan dapat jiran yang baik. Sewaktu kami family meeting, wife aku banyak diam dan aku pun sama.

Banyak mendengar salakan dari pandangan. Tertunduk malu sampai turn aku cakap, aku sepatah pun tak bersuara. Sebab aku malas. Dikata pulak S, aku ini kurang ajar. Kurang adab.

Aku senyap dan memgiyakan saja. Iya la, dalam adik beradik, kak ipaq aku seorang ja yang dah ada rumah. Abang ipaq, J masih menyewa. Ada satu ketika, pak mentua aku pernah minta tolong aku untuk join loan

rumah persaraannya. Aku jawab kerja aku takda slip gaji sebab commission based dan bukan fixed based. Terus tarik muka. Padahal diri dah tu dah pencen, duit pencen pun berlambak. Boleh je cari rumah second hand. Tapi taknak kalah, nak beli rumah banglo 2 tingkat. Parking boleh masuk 2-3 biji kereta. Harga? 600k++.

Adalah somewhere in Singapore Copy Ori state sini. Lokasi dirahsiakan. Aku tepuk dahi. Aku tanya kenapa tak join loan dengan kak ipaq aku, si S. Pak mentua aku jawab sebab dia kerja pun takdak slip gaji. So 2×5 macam aku jugak la. LOL.

Raya. 4 kali raya juga lah kami wayang suasana raya. Kononnya kami anak menantu keluarga harmoni sewaktu jiran serta rakan menziarahi rumah mentua aku, padahal senyuman tu hanya lakonan semata.

Nak tahu kenapa? Setiap kali raya, akan ada rumah terbuka. Persiapan rumah terbuka sangat memenatkan.

Aku sanggup cancel job luar negara semata untuk meraikan raya serta merasai suasana open house. Tapi semua itu mimpi. Mentua aku orang berumor. Seeloknya upah katering, aku sanggup keluarkan duit bayaran. Tapi? Nak jugak bersengkang mata menyiapkan juadah.

Menu pulak taknak kalah. Sate, laksa, mee udang, nasi ayam, nasi tomato. Juadah macam nak kenduri kecil, tapi yang menyediakan bahan?

Hanya berempat, aku, wife aku, abang ipaq aku dan isteri dia. Kakak ipaq aku S lesap. Katanya beli baju raya last minute. Aku pun mengiyakan saja.

Setakat sekali takda masalah, ni 4 kali raya, 4 kali juga last minute buy. Diskaun katanya nyah. Mentua aku, dah tau umur veteran, tak payah la nak open house.

Dibangkangnya aku, cakap aku tak hormat tradisi family, dan aku hanya orang luar yang cuba mengacau adat keluarga.

Aku lebih risaukan kepenatan nak mengemas, membasuh dan mencuci rumah selepas open house. Maklumlah rumah banglo 2 tingkat, atas bawah di penuhi tetamu.

Don’t ask me why, it’s their own arrangement. Yang mengemas? Aku, wife, abang ipaq dan wife dia. Eh kak ipaq aku, S dengan husband dia mana eh? Rupanya pergi open house rumah kawan depa. Bukan sekali raya ya, 4 kali raya, mesti mengelak kemas rumah.

Raya 2022 kali ni antara paling konflik sekali, di mana aku dan wife dah bersetuju untuk balik ke kampung kelahiran wife di Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Nak jadi cerita, sewaktu awal puasa, wife aku undergo minor surgery di perut dia, laparoscopic surgery dan melibatkan bahagian peranakan dia.

So doktor advise untuk berehat lebih kurang 2-3 bulan, bergantung pada kesihatan fizikal serta kadar kesembuhan wife. One week sebelum raya, lepas check up, doktor bagitahu yang kadar kesembuhan wife lebih cepat dari di jangka dan wife boleh long distance travel.

So wife happy lah, raya nanti boleh balik kampung kelahiran dia. So malam raya, kami balik rumah family aku di Kedah, and beraya di sana.

Raya kedua ikut family aku beraya sekitar Kedah(Jammed teruk baq hang) dan raya ketiga baru balik kampung wife.

Masa raya kedua, kak ipaq aku, S telefon dan bagitahu tak payah balik kampung wife sebab nanti wife aku sakit, susah nak jaga dekat kampung and yada yada yada. Aku pun masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kami balik jugak dan stay sana seminggu.

Dan disebabkan kononnya kami balik seminggu, menyebabkan open house rumah mentua aku terpaksa ditunda. Alasannya kami nak ngelat untuk gotong royong open house. Aku dapat tahu berita ni dari wife aku sendiri.

Dan dari mak saudara wife aku yang bertanyakan dekat aku, kenapa kami stay lama dan tak balik rumah mentua untuk bantu open house.

Aku senyap dan makan kuih akok macam biasa saja la, layan Pok Ya Cong Codei, menjawab pun tak guna kata orang.

Open house tahun ni aku rasakan paling senyap aku pendam sebab nya, waktu masak, kakak ipaq and mak mentua aku masak semuanya.

Alih-alih diperli wife aku tak bantu di dapur. Kemudian sewaktu open house, wife aku tak semena tumpah darah, jadi dia letih and tak larat nak bantu di tingkat bawah.

Aku banyak bantu di dapur and jamu tetamu. Pak mentua aku relax melayan tetamu sambil hisap rokok dan memberi arahan untuk hidangkan makanan serta beri arahan untuk angkat pinggan cawan gelas mangkuk hayun ke dapur.

Sikit pun dia tak bantu, dia banyak membantu kepada pencemaran udara sebenaqnya.

Waktu aku di dapur basuh pinggan, kak ipaq aku si S ni, ada la usya-usya aku basuh sambil buat muka. Sampai lah habis open house, wife aku ada turun bantu kemas rumah even dia tumpah darah sikit.

Malam tu, ada family discussion. Kononnya post mortem open house. Ditegurnya aku tak menyapa tetamu kehormat yang datang rumah seperti pegawai, dato, datin dsb.

Aku mana la kenal sebab tak pernah diberi peluang berkenalan. Di panggil aku bodoh sombong oleh pak mentua aku.

Raya korban tahun ni pun, rasanya aku dengan wife aku yang “terkorban”. Sebab apa? Kami dah decide untuk balik rumah family aku, and korban sana.

Family aku tumbang lembu seekor tahun ni, dapat rezeqi lebih ayah aku naik pangkat serta wife aku dapat kerja baru. Jadinya family aku sepakat untuk meraikan.

Unfortunately, planning korban terganggu bila mana pada hari raya kedua, hari yang sepatutnya kami korban lembu, kami kena panggil balik rumah mentua aku, atas arahan pak mentua aku. Sebabnya?

Hari itu juga depa buat open house raya korban. So, lepas setel tumbang lembu, terus kami balik rumah mentua aku. Perjalanan sejam tu terasa penuh dengan rasa meluat. Wife aku nangis tapi aku tenangkan dia.

Dia rasa sedih sebab tak dapat raya korban dengan family aku. Maklumlah menantu tunggal, memang kesayangan mak ayah aku. Ditatang wife aku tu mengalahkan aku. Sampai rumah mentua, aku terus ke dapur dan urus apa yang patut. Baju?

Tak tukar pun, baju lekat bekas darah tu juga aku pakai, nak menunjukkan baru lepas korban lembu, terus datang. Pak mentua aku sound on the spot depan tetamu. Dicakap aku tak hormat tetamu dengan pakaian sedemikian.

Aku singsing lengan baju melayu aku dan terus buat seperti biasa. Malam tu ada family discussion dan ya, aku bertikam lidah dengan pak mentua aku, serta kak ipaq aku,S. Mak mentua aku banyak tenangkan husband dia serta wife aku.

Aku kesian dengan mak mentua aku, dah macam hamba abdi. Kak ipaq aku? Useless. Dia menyebelahi pak mentua aku and husband dia?

Layan telefon. Layan whatsapp. Layan TT. Aku luah sikit saja apa yang terbuku di hati. Sikit saja. Dah melatah satu rumah.

Masa wife aku sakit knser dan kena warded, aku sendiri consult dengan doktor pakar kerajaan dan swasta, bertanyakan pendapat di manakah tempat terbaik untuk berubat. Apa penyelesaian terbaik bagi merawat wife aku.

Apa jenis kanser yang dihidapi wife aku. Siapa yang sanggup berulang alik dari selatan ke utara semata-mata untuk hantar wife berubat kemoterapi. Ayah aku sendiri sanggup hantar anak menantu dia selama 1 jam perjalanan untuk rawatan.

Sewaktu wife aku discaj, aku bawak balik rumah family aku. Sanggup mentua aku datang ke rumah family aku, semata-mata untuk mengambil wife aku and bawak balik sana. Bukan datang melawat ya. Datang ambil.

Tanpa ada persetujuan dari aku sikit pun. Sewaktu aku dan wife bersetuju admit hospital kerajaan, ditentang kuat dan disuruh admit swasta. Sampaikan sanggup jumpa doktor hospital, untuk pindahkan wife aku ke hospital lain.

Sikit pun tak tanya aku sebagai waris yang sah. Sampai doktor telefon aku, bagitahu yang wife aku dipindahkan hospital atas urusan peribadi dengan persetujuan bersama oleh aku dan ahli keluarga. Padahal aku tak bersetuju dan tak diberitahu pun.

Aku sendiri suruh doktor tahan wife aku. Masa sampai di hospital, muka pak mentua aku dah merah menyala menahan marah. Ditengking aku dan ditinggi suara. Ibarat aku yang bersalah.

Aku senyap. Doktor dan pelawat serta pak guard jadi saksi aku diherdik mentua sendiri.

Last sekali, stay hospital dan tak pindahkan wife. Wife aku depression, aku dan family aku yang jaga. Mak mentua aku ada tahu benda ni tapi aku pesan suruh senyapkan sebab nanti taknak kecoh. Taknak jadi isu, sebab confirm kesalahan depression tu jatuh atas aku, si suami.

Padahal wife aku depress sebab knser dan jugak ahli keluarga dia sendiri tak support dia. Masa dia warded, mana ada datang melawat.

Video call pun tidak. Aku sendiri sengkang mata overnight di hospital. Terima kasih pada nurse yang bertugas pada waktu warded, jasa anda amat aku hargai dan sanjungi.

Aku rasa cukup lah di sini. Sekarang kami dalam proses pindah rumah sewa baru jauh dari keluarga wife, tapi dekat dengan tempat kerja wife. Aku pula di beri peluang untuk WFH, sehinggalah projek di Pengerang bermula. Nanti dah start, akan banyaklah aku outstation.

Dan aku dah pesan dengan wife aku, boleh balik rumah family aku if aku outstation. Entahlah Labu, banyak benda nak diluah, tapi tak terluah.

Maklumlah lelaki, banyak memendam dalam hati. Demi menjaga keselamatan pasangan, menjaga keharmonian rumah tangga, dan menjaga tatasusila perkahwinan, korbanlah apa yang patut.

Do what you got to do as a gentleman. Mungkin itu lebih baik, kerna melihat pasangan hidupnya gembira dan senyum, adalah kebahagiaan seorang lelaki dan suami.

Aku bukanlah suami terbaik, tapi aku cuba menjadi yang terbaik bagimu. Sabarlah dalam menunggu rezeqi anak, kelak akan tiba jua.

Biaqlah kita nikmati rezeqi berdua ini isteriku, lagipun dah semakin sihat. Banyak peluang cover balik cuti honeymoon kita nanti.

Sekian coretan saya. Terima kasih kerana membaca tulisan tak seberapa nilai ini demi mengisi masa lapang anda.

Kepada yang tanya aku cerita atau tak dengan family, ketahuilah yang family aku tahu semua cerita perkahwinan kami tapi sedikit pun tak masuk campur, malah mak ayah aku banyak nasihatkan kami serta keputusan semua di tangan kami.

Mak ayah aku terima dengan hati terbuka atas apa terjadi pada wife aku, menantu kesayangan mereka. Tambahan mak aku sangat memahami kesakitan wife aku sebab mak aku jugak knser survivor.

Ya, bekas pesakit kanser stage 4. Macam mana mak aku semangat juang, begitulah dia salurkan pada menantu kesayangan dia. Undur diri dulu ya. Selamat berehat. – G (Bukan nama sebenar). Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.