Uncategorized

Ak engineer. Nekad resign 24jam, gaji sbulan ak bayar. Senyap2 ak keja rumah org tua. Rahsia, tiada sapa2 tahu. Sampai la ak terbaca file history aunty ni buat aku murung sorg2.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi, nama aku Iffah. Saja nak story pengalaman aku kerja dekat rumah orang tua. Awal tahun haritu, aku buat kerja gile dengan berhenti kerja (aku seorang engineer) dan berpindah ke suatu negeri lain.

Aku apply jadi caretaker orang tua di sebuah pusat jagaan warga emas. Tapi parents, family dan kengkawan aku semua tak tahu.

Okay reason aku ambil keputusan drastik ni agak cliche dan drama – ‘kerana cinta’. Tahun lepas, aku bergaduh dengan tunang aku sampai akhirnya kitorang putus. Tunang aku ni duda anak dua.

Orangnya baik, cuma kadang kadang dia suka tuduh aku benda yang aku tak buat or takde niat langsung. Contohnya, dia tuduh aku tak suka dia spend masa dengan anak anak dia.

Demi Allah, tak benar langsung tuduhan dia tu. Aku faham je if nak kahwin dengan duda ada anak ni, aku kena terima jugak anak anak dia.

Masalahnya, bile dia janji nak beli baju nikah etc, then aku confirm balik tarikh dengan dia, tetibe dia cakap, dia kena lawat anak anak dia. Aku suarakan lah pasal dia dah janji. Tetibe die tuduh aku tak suka dia spend time dengan anak anak dia, sedih aku.

Dipendekkan cerita, aku mengamuk lepas tuduhan tu dah banyak kali. Dan akhirnya kami putus. Tapi pastu aku meroyan sebab aku memang sayang sangat dengan dia. Aku cuba pujuk dia untuk kembali tapi langsung dia tak respond.

Kalau respond pun jenis yang marah dan benci. Aku ni pulak jenis emo sikit. Kalau ade masalah relationship, terus takleh fokus kerja. Jadi prestasi aku merudum teruk.

Bos dah start bising sebab aku selalu amik cuti. Aku rase nak tidur atas katil je taknak bangun. Aku dahlah duduk dengan housemate yang jarang ada. Lonely gila waktu tu. Last last aku hantar resign letter 24 jam terus.

Sanggup aku bayar 1 month gaji aku demi taknak bagi notice sebulan. Aku rase hopeless sangat waktu tu semua sebab cinta.

Eii nak carut pulak sekaranng ni bile pikir balik kedangkalan aku tu. Haha

Aku ade jugak nangis dekat mak aku pasal putus tunang tu tapi nangis gitu gitu jela, taknak mak aku risau.

So, dengan sekelip mata, aku takde kerja. Takde backup pape pulak tuh. Simpanan pun simpanan kahwin jelah yang tak seberapa tu.

Seminggu aku blur dekat rumah.

Tetibe one day aku bangun tidur, aku decide nak pindah ke negeri ex-tunang aku menetap dan bekerja. Kami berlainan negeri. Jadi aku fikir macam, aku nak pujuk die face to face. So aku decide nak pindah terus area tempat dia kerja.

Aku berangan ah nak pujuk die kaw kaw, hantar makanan ke apa (bengap). Haha. Tapi aku kenalah cari kerja area situ secepat mungkin kan. So aku tryla google pape kerja kosong area ex-tunang aku duduk dan kerja.

Disamping tu, aku pastikan jugak kerja tu, aku dapat tempat tinggal sekali sebab aku takde banyak duit nak sewa rumah, bayar deposit bagai semua tu.

Akhirnya, kerja kosong beserta tempat tinggal aku dapat dalam masa sehari je. Siap interview semua, dan kerja tu adelah dekat pusat jagaan warga emas.

Aku tak pernah jaga orang tua ye. Jaga yang sampai kena mandikan cuci berak semua ni aku memang zero. Tapi aku confident je waktu tu aku boleh. So aku accept jela kerja tu dengan niat yang salah iaitu – nak pergi pujuk ex-tunang aku (disamping dapat duit). Haha.

2 hari kemudian, aku pun berpindahlah ke negeri ex-tunang aku menetap. Memang tempat kerja aku, betul betul dekat area dia bekerja dan tinggal.

Pusat jagaan warga emas tu lebih kurang 10 minit je dari tempat ex-tunang aku, so aku cam happylah.

Aku dah rangke dalam otak memacam aktiviti nak pujuk ex tunang aku. Goal aku, bile aku dapat pujuk dia balik, aku benti kerja dan balik semula ke negeri aku.

Haih bengap kali kedua. Haha.

Bile aku sampai je pusat jagaan tu, dari luar aku tengok, ia adalah sebuah rumah banglo besar dan cantik. Dikelilingi pokok pokok redup. Kawasan sekitar rumah tu memang tenang.

Sebelum datang tu, aku dah inform pengusaha rumah tu, Kak Elya nama dia. Lembut dan baik budi pekerti Kak Elya tu. Dia jemput aku masuk dan tunjuk keadaan sekitar rumah tersebut. Ada kolam renang dekat kawasan belakang rumah.

Aku siap fikir, wow mesti atok and nenek semua swimming dekat sini. Hehe. Dekat rumah tu ada 2 orang nurse wanita, dan 6 orang caretaker macam aku (yang takde background medical) bekerja dekat situ. 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki.

Kire kitorang kena kerja shift la. Ade 3 shift sebab rumah tu beroperasi 24 jam (haruslah kan, takkan ko jaga siang je, abis malam siapa nak jaga).

Dalam rumah tu jugak ade 10 orang warga emas. 5 lelaki dan 5 perempuan. Rumah banglo tu memang besar, bilik luas (berkongsilah) tapi memang selesa.

Memang tempat untuk orang tua yang berduit, atau anak mereka yang kaya je yang boleh hantar dekat situ sebab setiap bulan dia punye bayaran mak oi tercekik aku bile tahu.

Aku menetap dekat rumah depan (rumah teres berkembar), bersama caretaker yang lain.

Malam first aku dekat situ, aku dah mesej ex-tunang aku dan bagitahu aku dah kerja area tempat dia. Tapi aku tak bagitahulah aku kerja rumah orang tua.

Aku just cakap aku dapat kerja kat area dia jugak. Jomla jumpe. Takde reply. Sedih aku. Esoknya aku mula bertugas shift pagi. Pukul 7 dah kena tercongok depan pintu rumah orang tua tua, punchcard pastu mengekor seorang caretaker senior namanye Faseha. Aku panggil Seha je.

Seha lah ajar aku cara mandikan orang tua, cebok berak (susah), bersihkan kencing semua tu, pakaikan baju (tough ye bagi aku nak pakaikan baju orang tua dekat kerusi roda), pakai pampers etc.

Kadang kadang kena bagi ubat if nurse busy (yang ni pun bagi aku susah sebab ade orang tua yang tak suke makan ubat).

Aku jalankan je tugas tugas aku tu walaupun kekok, hehe. Tapi berbanding caretaker lain, aku ni memang suke dengar dan melayan cerite orang orang tua dekat situ.

Aku pendengar yang baik (perasan). Sebab aku suka bila dapat tahu kisah orang dan at the same time, dapatlah aku amik iktibar sekali.

Dalam banyak banyak orang tua dekat situ, ada satu aunty ni (aku tak address dia sebagai makcik sebab aku rasa vibe die begitu korporat. Dia memang kerja sebagai orang atasan sebelum dia sakit).

Umur aunty ni around 79 tahun. Aunty ke ek? Aku 28 tahun. Ke aku patut panggil dia grandma? Huhu.

Dia suke cerita pasal husband dia, pasal anak anak dia (8 orang) dan penceritaan dia tu sangat detail. Selain itu, die menghidap skiz0frenia.

Setiap kali aku datang bagi makan ke, nak mandikan dia ke, mesti dia akan cerita pasal husband dia yang bernama Kifli.

Kifli ni husband kedua dia. Aku tanya jugak, yang ex-husband dia dulu, separate ke meninggal? Direct ye aku. Aku memang penyibuk. Hehe.

Die cakap ex-husband tu abvse dia. So dia malas nak cerita pasal ex die. Kaki pkul dia cakap. Die suke cerita pasal Kifli ni, sebab dia cakap Kifli sayang dengan dia.

Aku waktu tu fikir, mesti Kifli ni dah meninggal. Dan anak anak dia taknak jaga dia or busy ke apa, dan hantar dia dekat pusat jagaan mewah ni.

Lagipun aunty ni someone, so berduit lah untuk duduk tempat premium.

Kalau lalu dekat katil dia, dia penghidap skiz0 kan, so memang dia seolah olah tengah bercakap cakap dengan seseorang.

Watak watak yang selalu muncul yang aku perasan ialah, husband dia si Kifli, Tina, which is dalam cerita dia, Tina tu kawan ofis dia, dan anak dia bernama Fahri.

Dialog dia lebih kurang sama je. Pasal dia tanya Kifli, betul ke Kifli ade hubungan dengan Tina.

Pastu ada part dia menangis. Kadang kadang dia gelak gelak sebab maybe Kifli khayalan tu tengah pujuk dan usik dia (bayangan aku). Haha.

Aku kalau bagi makan dekat dia, mesti aku sibuk korek cerita dia and tanya mana dia tahu Kifli dengan Tina ade hubungan? Kantoi ke camne?

Wartawan Melodi sangat aku ni.

Die akan jawab “Mak tahulah, mak perempuan,”.

Aunty ni memang bahasekan diri dia mak dekat semua orang. Dia cakap, Kifli sayang dia so die tak peduli pun if Kifli ade hubungan dengan Tina. Tina bukan cantik pun. Mak lagi cantik, katenye.

Memang aunty ni cantik. Dah tua pun cantik, so aku setuju when dia cakap dia cantik. Haha.

Kadang kadang, tetibe je dia mengamuk marah Fahri. Sebab Fahri, anak dia tu taknak kahwin dengan perempuan pilihan aunty ni.

Or ade part, dia macam tengah cakap dengan Kifli pasal si Fahri yang tak dengar cakap dia.

Seolah olah, dia tengah pillow talk dengan suami di malam hari.

Hari hari aku dipenuhi dengan kisah kisah orang tua dekat situ. Tapi aku paling suke kisah aunty ni lah, sebab best.

Kisah dia berulang ulang cerita sama sampai aku dah ingat dah kronologi cerita dia.

Cerita tentang Kifli, Tina dan Fahri tu banyak lagi sebenarnye. Tapi aku just cerita yang basic je dekat sini.

Sampailah satu hari, aku tengah lepak waktu tu dan tangan gatal nak baca file history setiap orang tua dekat situ.

Itu pun sebab aku baru perasan ade file details sejarah family, sakit etc untuk setiap orang tua dekat situ.

Dah tentulah aku baca file aunty tu first. Aku baca baca pastu aku macam pelik. Dekat bahagian status dia, tercatit ‘Bujang’.

Bujang?

Bukan patut die tulis ‘Janda’ ke or ‘Balu’ ke apa kan? Aku confuse tapi aku baca details lain pulak.

Tertulis dekat situ, orang yang admit aunty tu ke pusat jagaan warga emas ni adelah adik dia. Aku macam pelik. Mana anak anak dia ek?

Kebetulan ade akak nurse dekat situ, so aku tanyalah, “Kak, kenapa mak ni dia tulis bujang ek? Dia bukan dah kahwin ke?”

Kak nurse pun jawab “Bile mase pulak dia kahwin. Dia tak pernah kawen. Dia bujang sampai tua,”

Terkedu aku kejap.

“Abis siapa Kifli yang dia asyik cerita dekat saya tu kak? Dia pernah story dekat akak tak?” Blur kejap aku.

Kak nurse pun cakap “Setahu akaklah, based on cerita Kak Elya, pengusaha rumah ni, Kifli tu lelaki yang dia minat tapi laki tu suami orang.

Die minat Kifli tu, tapi yelah tak kesampaian lah cinte dia tu, suami orang kan. Sampai tua dia tak kahwin, tunggu Kifli tu.”

“Kak, then anak anak dia yang 8 orang tu, tak wujud ke kak? Fahri and Tina tu tak wujud ke kak?”.

Sumpah aku rasa nak menangis. Sebab aku sangat mendalami cerita hidup dia. Rupenye semua tu khayalan aunty tu je?!

Kak nurse terus ingatkan aku pasal yang aunty tu skiz0. Benda macam tu expected. Murung aku kejap.

Aku tidur tak nyenyak beberapa hari lepas tu. Mengenangkan orang orang yang aku anggap wujud, sebenarnye takde pun. Kalau ade pun, bukan seperti yang aunty tu ceritakan.

Banyak lagi kisah orang orang tua dekat situ sepanjang aku bekerja selama 5 bulan di pusat jagaan warga emas tu.

Tapi aku paling ingat tentang aunty yang suke cerita pasal husband Kifli dia tu dan aku decide nak cerita dekat sini. Haha. Tak tahulah ape faedahnye aku confess.

Tentang ex-tunang aku pulak. Setelah 5 bulan, aku still tak berjaya pujuk ex-tunang aku.

Tapi slowly, aku berjaya move on asbab aku lepak dekat rumah orang tua.

Tanpa aku sedari, lama kelamaan, perasaan aku berubah. Aku pun tak tahu camne boleh berubah tapi at the end, aku decide nak pindah semula ke negeri aku menetap dan cari kerja hakiki aku semula iaitu Engineer.

Alhamdulillah aku berjaya dapat kerja baru dengan cepat.

Aku selalu bersyukur sebab berpeluang kerja dekat rumah orang tua tu even niat aku salah awalnye.

Banyak pengajaran aku dapat, dan aku berjaya move on dari ex-tunang aku secara total.

Even semalam ex-tunang aku mesej dan cakap dia rindu dengan aku, aku buat tak tahu je dan padam mesej dia.

Aku dah takde rasa nak sambung perhubungan ke apa. Aku pun dah terlupa dia wujud, sebab aku busy dengan kerja baru.

Itu jelah aku nak cerita. Sorry kalau tak best. Hehe. Just cerita kehidupan yang random.

Sampai sekarang takde siapa dikalangan ahli keluarga, siblings, sedara mara or member aku yang tahu yang aku pernah tersesat kerja dekat rumah orang tua.

Sebab tu tajuk confession ni ada “rahsia” dekat belakangnya.

Reaksi Warganet

Raudzah Arippin –
Hospital, rumah orang tua, nursing home semua tu memang sekolah kehidupan.

Ada banyak perspektif kita tentang hidup yang boleh berubah bila kita duduk hospital atau pusat pusat penjagaan orang sakit atau orang tua macam ni.

Tahniah dik. Risau je ada bengap kali ketiga. Nasib baik tak ada. Haha

Noor Afidah Alias –
Best la sis. Sambung la lagi pasal penghuni yang lain. Detail sekali pasal rumah tu. Berapa RM sebulan sis. Nak kumpul duit siap siap.

Cuma adalah tu Allah nak sis belajar. Bukan tersesat, tapi macam dilorongkan sebab semuanya dipermudahkan. Senang senang je dapat kerja situ kan.

Ex-tunang tu tak mau la sis. Ada sebab dia jadi duda tu.

Nafishah Ismail –
Aku pernah pergi melawat hospital bahagia. Aku tertarik dengan perwatakan seorang akak ni berpakaian, nampak macam orang bekerjaya.

Rupanya dia jadi mental sebab anak dia dicuri oleh x husband dia dan bawa lari. Dia suka bercakap sorang sorang cerita pasal kehilangan anak dia.

Kesian sangat aku dapat tahu kisah ni dari saudara yang datang melawat dia. Dia memang bekerjaya hebat, tapi di berhentikan kerja sebab dia mental..

Faridah Husin –
Ehh best la cerita kamuu.. saya suka, thanks kongsi!

Tapi ahh ghisauu part aunty skiz0 tu. Terbayang diri sendiri tapi bukanlah suka suami orang hahaha. Memang wujud ya banglo orang tua tua camni. Bolehlah plan persaraan dari sekarang hehee. Btw tahniah juga dah sukses move on! U go gurl!

Nazira Mylisa –
Kuat betul tekanan, kesunyian Dan memendam rasa aunty tu sampai dia skiz0phrenia.

Sebenarnya ramai rakyat Malaysia tak tau, golongan orang tua ni ramai yang menghidap penyakit psik0logi. Kalau dekat hospital sekarang, dah wujud unit psik0-geriatrik, khusus untuk orang tua yang ada masalah mental.

Muhammad Nur Shafeq –
cerita ni wujud kan? pengalaman paling best bunyinya.

Tapi ada pengajaran tu, bila orang dah tak sudi bagi energy yang sama, kita tahu tempat kita. Jangan biar perasaan kita consume saki baki diri kita yang masih ada, tak berbaloi walaupun orang tu berbaloi. Confessor ni memang seorang yang nekad dari cerita dia. haha, tahniah

Sumber – Iffah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *